Sahiron (tiga dari kiri), Haji Azaman (empat dari kanan) bersama murid SK Kilugus yang gembira melihat meja mereka berwajah baharu.
LABUAN: Syarikat Rossabumi dan Keyfeild Offshore yang berpangkalan di Labuan mengambil inisiatif untuk mencantikkan dan memperkemaskan 90 buah meja bilik darjah SK Kilugus Kuala Penyu.
Program yang menjadi salah satu tanggung jawab sosial syarikat berkenaan telah diadakan pada Ahad lalu.
Menurut Pengurus Syarikat Rossabumi Enterprise, Sahiron Yunus, pihaknya telah berkolaborasi dengan Keyfeild Offshore untuk memperkemaskan dan mengindahkan 90 meja murid termasuk enam meja guru dengan memasang alas meja pelbagai corak dan berwarna warni sekaligus dapat membantu semangat murid untuk terus belajar.

Meja murid yang dialas dengan pelbagai corak yang menarik
“Sumbangan memasang alas meja pelbagai warna dan corak diharapkan dapat membantu semangat murid untuk terus belajar dengan lebih tekun disamping dapat menyaksikan suasana kelas yang lebih kemas dan cantik di pandang oleh setiap murid mahu pun guru yang mendidik mereka’, katanya kepada wartawan BDB di sini, hari ini.
Sementara itu, Guru Besar SK Kilugus Haji Azman Abdul Garip berterima kasih kepada kedua dua syarikat Rossa Bumi dan Keyfield Offshore yang memilih SK Kilugus untuk melaksanakan projek tanggung jawab sosial syarikat berkenaan.
Hadir sama, Timbalan Guru Besar SK Kilugus, Yakob Hj Jaslin dan Pengurus Bahagian Pemasaram Rossa Bumi, Rostina Duli mewakili Keyfield Offshore.