27 C
Kota Kinabalu
Khamis, September 28, 2023
ADVERTISEMENTspot_img

Rose Barazit muncul Johan Pertandingan Masakan Tradisi

Dr Jeffrey (lapan dari kiri), ADUN Liawan Datuk Annuar Datuk Ayub (tujuh dari kiri) dan Pegawai Daerah Keningau Neldin Gimbang (sembilan dari kiri) merakamkan gambar kenangan bersama para pemenang, pengadil dan AJK penganjur pertadingan.

KENINGAU: Rose Barazit dari Kampung Tangkongan Bingkor muncul sebagai Johan dalam Pertandingan Masakan Tradisi sempena Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Keningau 2023.

Pertandingan tersebut adalah dikelolakan oleh Kadazandusun Cultural Assocation ( KDCA) Daerah Keningau yang mana disertai oleh 8 orang peserta.

Naib Johan dan tempat ketiga masing-masing disandang oleh Winnie Langitom dan Lukip Asong kedua-duanya dari Liawan.

Upacara penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan itu telah sempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga Ahli Parlimen P.180 Keningau Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G. Datuk Kitingan kepada para pemenang.

Puan Irene Gambulu selaku Pengerusi penganjur amat berpuas hati dengan perjalanan pertandingan tersebut.

Katanya, kejayaan pertandingan tersebut adalah atas kerjasama dari semua ahli jawatankuasa pertandingan tersebut.

“Lebih-lebih lagi dengan peranan Pengerusi Penyelaras KDCA Daerah Keningau Encik Rafie Robert yang sentiasa turun padang bersama jawatankuasa untuk melihat dengan sendiri persiapan dan pelaksanaan pertandingan tersebut” jelas Irene.

Irene juga mengucapkan terima kasih kepada para Penderma yang telah menghulurkan sumbangan sama ada dari segi kewangan mahupun material.

“Sesungguhnya sumbangan para penderma amat membantu menjayakan pertandingan tersebut”, ujanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN