25.6 C
Kota Kinabalu
Isnin, Jun 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Robert turun padang lawat permasalahan rakyat di Kg. Kumawanan dan sekitar

Robert bersama rombongan semasa melawat dan meninjau kawasan yang sering dilimpahi air.

KENINGAU:Selepas menerima aduan permasalahan rakyat yang berkaitan saliran anak sungai yang sering melimpah semasa hujan di kawasan premis dan kediaman penduduk ka wasan Kampung Kumawanan dan Gerai Bayayo, Pembantu Menteri Kerja  Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin turun padang melawat bagi mengesan punca masalah itu.

Bersama dalam lawatan ini ialah Jurutera Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Daerah Keningau Ir. Dachord Moujing, Penolong Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Puan Miafarah, Pegawai Pemungut Hasil Tanah (PPHT) Daerah Keningau Tuan Cliftus, Jurutera Konsesi Lintasan Resources Sdn.Bhd. (LRSB) Tuan Ramuold, Jurutera Konsesi Globinaco dan ADO Puan Esther Sutili bersama Jurutera Pejabat Daerah Keningau.

Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor berkata, lawatan bersama dengan jabatan dan agensi kerajaan yang berkaitan ini adalah bagi meneliti dan mencari punca permasalahan serta mencari jalan penyelesaian bagi mengurangkan kesan hakisan banjir kilat yang sering membanjiri kawasan kediaman dan premis jualan.

Robert menemui salah seorang peniaga di gerai Bayayo.

ā€œSetelah diteliti dan melalui perbincangan antara agensi-agensi  kerajaan yang terlibat bersama syarikat konsesi, satu persepakatan dibuat iaitu mengubah sedikit struktur perparitan agar limpahan air dapat dikurangkan dan JKR juga sedang melakukan kajian mengenai cadangan pembinaan sistem perparitan di kawasan bermasalahā€  jelas Robert.

Melalui hasil lawatan ini katanya, diharapkan dapat memberi sinar dan harapan kepada pemilik premis dan semoga ianya dapat memberi manfaat kepada yang terlibat.

Selepas lawatan itu Robert dan rombongan meluangkan masa bersama dengan pemilik premis di gerai Bayayo dan memberi penerangan mengenai situasi sebenar keberadaan saliran yang bermasalah di kawasan berkenaan.

Turut sama pada lawatan ini, PPM N.40 Bingkor Tuan Junior Fred Vincent, CDO Bingkor Tinus Majip, Penyelia Kemajuan Masyarakat Zaki Zakaria, Pemaju Mukim Bingkor George Dairy, Pemaju Mukim Apin-Apin Dennis Joakim, Pemaju Mukim Tuarid Rahman Bidin serta  Lectus Fung dan Puan Jailine Lian

dari Pusat Khidmat Rakyat P.180 Keningau dan kakitangan Pejabat ADUN N.40 Bingkor.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN