30 C
Kota Kinabalu
Selasa, Disember 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Robert Tawik tinjau tapak pelancaraan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri 2022 di Keningau

Robert (kanan)meneliti pelan lokasi Pelancaran Pesta Kaamatan Peringkat Negeri pada 1 Mei nanti

KENINGAU:Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin mengadakan lawatan tapak pemeriksaan saringan kesihatan sempena pelancaran sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Tahun 2022 pada 1 Mei di Pusat Kraftangan Sabah di sini kelmarin.

Turut sama dalam lawatan itu wakil dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)Dr. Dainna A. Gimbalu dan pihak pengurusan Pusat Kraftangan Sabah.

Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor berkata, lawatan itu bertujuan memastikan lokasi pelancaran Pesta Kaamatan Peringkat Negeri dalam keadaan yang teratur.

“Kita akan memastikan faktor penjagaan kesihatan juga akan terus didahulukan seperti yang termaktub dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara Fasa Peralihan ke Endemik  bagi mengelakkan wujudnya kluster baharu Covid-19 pada sambutan itu nanti” katanya selepas lawatan itu.

Beliau menjangkakan kehadiran pengunjung dari seluruh daerah di negeri ini dalam skala besar memandangkan ia adalah sambutan peringkat negeri.

Justeru itu katanya, aspek kesihatan perlu diutamakan.

Pada masa sama beliau berharap sambutan Pesta Kaamatan ini dapat berjalan dengan lancar, teratur dan selamat hingga selasai.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN