32 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Robert tinjau perlaksanaan projek naiktaraf jalan di kawasan Bingkor.

Robert semasa meninjau pelaksanaan projek naiktaraf jalan Bunga Raya.

KENINGAU:Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin meninjau pelaksanaan projek naiktaraf jalan aspal Kampung Liau Darat dan naiktaraf jalan aspal Bunga Raya kelmarin.

Menurut Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor, pealaksanaan naiktaraf kedua-dua jalan itu kini giat dilaksanakan oleh pihak pemaju.

Katanya, apabila projek naiktaraf jalan itu siap kelak ia akan memberi manfaat kepada penduduk di kawasan sekali gus melenyapkan rungutan penduduk selama ini.

Mengulas tinjauan itu Robert berkata, ia adalah rutin beliau apaila  turun di kawasan pada hujung minggu akan melawat kawasan untuk melihat masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung.

”Kita turun padang melihat pelaksanaan projek naiktaraf jalan-jalan berkenaan bagi memasti ia dilaksanakan dengan sempurna” katanya kepada media selepas tinjauan itu

Pada masa sama Robert berkata, belau akan terus berkhidmat untuk rakyat di kawasan  yang diwakilinya dan rakyat Sabah keseluruhannya atas kapasitinya sebagai Pembantu Menteri Kerja Raya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN