Robert (duduk tengah) merakamkan gambar kenangan bersama pemegang-pemegang adat.
KENINGAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin menerima kunjungan hormat daripada Pemegang Pemegang Adat Mukim Apin-Apin Bingkor.
Rombongan itu di ketuai oleh Ketua Daerah Bingkor OKK Daniel Pelangi.
Dalam kunjungan tersebut Pemegang Pemegang adat berkongsi pendapat berhubung pengurusan pelaksanaan adat istiadat masyarakat di kawasan Bingkor khususnya di mukim mukim.
Merangkap Pembantu Menteri Kerja Raya Negeri Sabah Datuk Robert Tawik @ Nordin menerima kunjungan hormat daripada Pemegang Pemegang Adat Mukim Apin Apin Bingkor
Rombongan itu di ketuai oleh Ketua Daerah N40 Bingkor OKK Daniel Pelangi.
Dalam kunjungan tersebut Pemegang-Pemegang adat berkongsi pendapat berhubung pengurusan pelaksanaan adat istiadat masyarakat di kawasan Bingkor khususnya di mukim-mukim.
Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya amat berpuas hati dengan komitmen yang diberikan oleh pemegang-pemegang adat dalam menjaga adat istiadat di setiap kampung dan mukim.
Beliau berharap pemegang-pemegang adat iaitu Ketua Ketua Anak Negeri. ( KAN) WAKIL WAKIL KETUA ANAK NEGERI ( WKAN ) dan ketua-ketua kampung dapat melaksanakan tanggungjawab dengan adil dan penuh integriti dalam membuat keputusan dalam sesuatu aduan yang diselesaikan.
Robert meminta semua pemegang adat menjaga nama baik institusi Mahkamah Anak Negeri.