Robert bersama rombongan semasa menziarahi mendiang Hendry Anandan.
KENINGAU:Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin menziarahi mendiang Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)Hendry Anandan di kampung Pamalan Keningau.
Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah ( ADUN) Bingkor menyifatkan pemergiaan mendiang Hendry adalah satu kehilangan besar kepada Jabatan Pendidikan Sabah khususnya di daerah Keningau.
Sepanjang perkhidmatan sebagai pendidik dan menjawat sebagai Pengetua, beliau telah menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap tanggungjawabnya sebagai penjawat awam.
Ramai anak anak didiknya telah berjaya dalam pelajaran sehingga ke menara gading
Robert mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mendiang dan banyak bersabar dalam cabaran dan ujian ini.
Turut serta bersama menziarahinya Ketua Daerah Bingkor OKK Daniel Palangi, Staf UPPM dan staf pejabat ADUN N.40 Bingkor.