Tertuduh ketika memasuki kamar perbicaraan.
LABUAN:Seorang wanita tidak mengaku salah di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis, atas tuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol dalam insiden kemalangan jalan raya yang meragut nyawa penunggang motosikal pada Mac yang lalu.
Tertuduh, Linah Yunsang, 44, membuat pengakuan tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Dr Melissa Chia Fui Fung.
Berdasarkan fakta kes, wanita itu didakwa melakukan kesalahan di Jalan Rancha Rancha pada 12.20 tengah malam pada 8 Mac ketika memandu Toyota Harrier dan bertembung dengan motosikal Yamaha LC135 ditunggang oleh Faizal Musim maut yang maut kejadian tersebut.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun dan denda tidak kurang RM50, 000 hingga tidak lebih RM100, 000.
Faizal yang bertugas sebagai polis bantuan dalam perjalanan pulang ke rumah disahkan meninggal dunia kira di hospital Nukleus Labuan kira jam 1.15 pagi hari yang sama.
Sementara itu, Hakim Dr Melissa menetapkan sebutan semula kes pada 10 Disember 2026 dan tertuduh dibenarkan ikat jamin RM5, 000 dengan dua penjamin tempatan.
Dalam perkembangan yang sama, dua lagi individu yang memandu di bawah pengaruh alkohol didakwa dan masing-masing dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM10, 000
Mereka ialah Geraldine Torres Teo, 35 seorang suri rumah warga asing dan Sahak Musli, 38, seorang peniaga Trak makanan.
Geraldine didapati melakukan kesalahan itubdi Jalan Sebor Patau-Patau jam 12.55 pagi pada 18 Oktober, manakala Sahak pada 9 Ogos di Jalan Patau Patau pada jam 1.30 pagi.



