30 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Robert Tawik tinjau pembinaan Rumah Mesra SMJ di Liau Darat

Robert semasa meninjau pembinaan Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) di Kampung Liau Laut.

KENINGAU: Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin meninjau pembinaan Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) yang dibina di Kampung Liau Laut pada Sabtu.

Tinjauan itu adalah bagi memastikan proses pembinaan sentiasa berjalan dengan lancar serta berkualiti agar tidak timbul perkara yang tidak diingini pada masa akan datang.

Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor berkata, tinjauan seumpama ini beliau turut lakukan dengan mana-mana projek kerajaan yang dilaksanakan di kawasan ini.

“Kita berbuat demikian bagi memastikan setiap projek kerajaan dilaksanakan mengikut skop kerja yang telah ditetapkan” katanya.

Beliau berkata, kerajaan sentiasa prihatin dengan keperluan masyarakat sama ada kemudahan awam dan keperluan individu seperti bantuan rumah dan sebagainya.

Justeru itu katanya, setiap pelaksanaannya haruslah dipantau agar ia benar-benar menepati sasaran dan memberi menfaat kepada masyarakat yang terlibat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN