Robert (tiga dari kanan ) menyampaikan sumbangan kepada Tony.
KENINGAUļ¼Panel Penasihat Klinik Kesihatan Pekan Bingkor melakukan kunjungan hormat kepada ADUN N.40 Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin di pejabatnya hari ini.
Rombongan tersebut diketuai oleh Pengerusi Panel Encik Tony Munting dan barisan ahli jawatankuasanya.
Tony memberitahu, kunjungan tersebut adalah yang pertama kali dan memberi taklimat kepada Datuk Robert mengenai peranan jawatankuasa tersebut.
Disamping itu juga Tony memberi makluman program dan aktiviti panel tersebut sepanjang tahun ini.
Dalam kunjungan tersebutĀ Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja RayaĀ menghulurkan sumbangan kepada Panel Penasihat Klinik Kesihatan Bingkor.
Tony yang mewakili Ahli Panel Penasihat merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Datuk Robert atas sumbangan tersebut
Kayanya, dengan adanya sumbangan tersebut dapatlah melaksanakan aktiviti yang telah dirancangkan oleh jawatankuasa Panel Penasihat Klinik Kesihatan Pekan Bingkor.
Sementara itu, Datuk Robert berharap kepada Panel Penasihat Klinik Kesihatan Pekan Bingkor memainkan peranan penting terhadap menyampaikan dasar dasar kerajaan khususnya dalam soal kesihatan kepada masyarakat di kawasan Bingkor.
Beliau juga berharap jawatankuasa tersebut dapat membantu Klinik Kesihatan Pekan Bingkor dalam menyampaikan kepada masyarakat pemberian vaksin Covid-19 khususnya pemberian dos pengalak dan juga pemberian vaksin kepada kanak kanak.
Robert menyeru kepada masyarakat dan rakyat di kawasan Bingkor agar tampil secara sukarela untuk mendapatkan vaksin Covid-19.