32 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Februari 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

ROBERT TAWIK TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA PPPK

Robert semasa menerima kunjungan hormat PPPK

KENINGAU:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin menerima Kunjungan Hormat Persatuan Penjaja Dan Peniaga Kecil Daerah Keningau (PPPK) di pejabatnya kelamarin.

Rombongan seramai lima orang itu diketuai oleh  Pengerusinya Ho Khon Chin.

Dalam perjumpaan tersebut, persatuan telah mengemuka beberapa perkara dan membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan usaha persatuan mengatasi masalah yang dihadapi.

Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya berharap ahli-ahli persatuan dapat bekerjasama diantara satu sama yang lain dalam menjalankan perniagaan mereka. 

Beliau juga mengingatkan agar ahli-ahli persatuan yang terdiri daripada penjaja agar mematuhi peraturan dan 

prosedur operasi standard (SOP)pandemik Covid-19.

Ini katanya, penting bagi mengekang dan memutuskan penularan Covid-19 yang kembali meningkat sejak kebelakangan ini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN