Robert bersama barisan kepimpinan Bahagian STARSABAH N.40 Bingkor dan perwakilan.
KENINGAU: Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah N.40 Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin mengekalkan jawatan Ketua Bahagian Parti Solidariti Sabah Tanah Airku (STARSABAH) N.40 Bingkor tanpa bertanding bagi sesi 2024-2027 pada Mesyuarat Agung Tri Tahunan STARSABAH Bahagian Bingkor pada Jumaat.
Mesyuarat itu telah dirasmikan oleh Timbalan Presiden StarSabah Datuk Ellron Alfred Angin, dihadiri 500 orang perwakilan termasuk pemerhati.
Jawatan-jawatan lain yang di pertandingkan semuanya dimenangi tanpa tanding.
Timbalan Ketua Bahagian yang dikekalkan oleh penyandang Robert Paulus.
Tiga Naib Ketua dimenangi oleh dua penyandang iaitu OKK Danil Pelangi, Alex Amit dan KAN Tabarou Sumping.
Sementara itu tujuh Ahli Jawatankuasa juga menang tanpa bertanding yang terdiri Anggie Khatil, WKAN Sarudin Kinsil, Clearence Jokobus, Jailin Lian,
Lawrence Melibin, Ambrose Salangkan dan Paul Sitampat.
Turut menang tanpa bertanding ialah James Jennedy Bundoi dan Denney Amit bagi jawatan juruodit.
Semasa berucap pengulungan Ketua Bahagian, Robert mengumumkan Pelantikan Encik Junior Fred dan Rezzidin Robert sebagai Setiausaha Bahagian dan Bendahari Bahagian.
Robert mengucapkan terima kasih kepada semua perwakilan atas kepercayaan yang diberikan dan memilihnya semula menerajui Ketua Bahagian.
Katanya, ini satu tanggungjawab yang besar yang perlu digalas dengan penuh amanah dan berfokus.
Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa yang tekah dipilih dan menang tanpa bertanding.
Robert seterusnya mengajak semua ahli StarSabah terus bersatu menyokong StarSabah dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tanpa berbelah bahagi.
“Inilah parti kita yang berfokus perjuangkan hak hak Sabah yang termaktub dalam perjanjian Malaysia MA63” katanya.