KENINGAUļ¼Peranan mereka yang bergelar guru wajar dihargai oleh setiap lapiaan masyarakat.
Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, beliau secara peribadi sangat menghargai setiap mereka yang bergelar guru kerana merekalah yang telah memain berperanan penting mendidik dan membina generasi baharu yang cemerlang.
Katanya, mereka juga telah melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak mulia.
Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUNļ¼Bingkor berkata demikian semasaĀ menyempurnakan sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Keningau Tahun 2021 secara atas talianāĀ hari ini.
Sambutan Hari Guru pada tahun ini bertemakan āBerguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharuā.
Robert berkata, peranan guru pada masa negara menghadapi pandemik Covid-19 semakin mencabar kerana mereka menyediakan modul pembelajaran dan pengajaran secara āonlineā.
āNamun mereka tetap cekal dan melaksanakan peranan sebagai pendidik demi memastikan anak didik mereka dapat mengikuti pembelajaran dan pengajaran melalui atas talianā katanya.
Pada masa sama menyampaikan ucapan tahniah kepada guru-guru yang menerima anugerah-anugerah kecemerlangan pada sambutan Hari Guru 2021 peringkat Daerah Keningau.
Katanya, kecemerlangan yang dicapai perlu diteruskan demi memartabatkan pembangunan pendidikan di daerah ini khususnya.