Robert (tengah) mengabadikan kenangan bersama SUPT Yampil (dua dari kiri) bersama rombongan.
KENINGAU: Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik menerima Kunjungan Hormat Ketua Polis Daerah Keningau yang baharu Supritendan Polis (SUPT) Yampil Anak Garai.
Ketua Polis Daerah itu diiringi oleh ASP Muhammad Faizal Alid (KCKD), Inspektor Mohd Hamiz Azri bin Omar (Wakil KBSJD), Insp Abdullah bin Hussain (Wakil KBSPT), Sjn Magret Muli dan Kopral Muhammad Azlan bin Kamaludin.
Semasa menerima kunjungan itu, Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor mengucapkan selamat datang SUPT Yampil ke Keningau dan berharap selesa berada di daerah ini serta dapat melaksanakan tugas yang cemerlang.
Pada masa sama Robert mengharapkan kepada masyarakat Keningau agar dapat memberikan sokongan dan kerjasama kepada Ketua Polis Daerah yang baharu.
Menurut Robert, keselamatan rakyat adalah keutamaan penting dalam urusan kehidupan harian.
Justeru itu katanya, kerjasama antara masyarakat dengan pihak polis adalah amat penting bagi menjmain keselamatan dan kententeraman awam di daerah ini.