Robert (tiga dari kiri)menerima cenderakenangan daripada Mohd Fadlil.
KENINGAU:Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin menerima kunjungan hormat daripada pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang diketuai oleh Ketua Wilayah KWSP Sabah Mohd Fadlil Sarehan.
Kunjungan yang dilaksanakan di Event Space, Pexoholic Cafe tersebut adalah bagi memberikan penerangan kepada pemimpin masyarakat berkenaan dengan kepentingan dan kebaikan mencarum dengan KWSP sebagai simpanan untuk masa hadapan.
Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor berkata, kunjungan itu amat bermakna kerana ia memberi manfaat kepada masyarakat.
“Hasil daripada kunjungan ini, saya dapat menyampaikan maklumat kepada masyarakat khususnya di kawasan saya berkaitan dengan caruman KWSP” katanya selepas menerima kunjungan itu.
Pada hari yang sama Robert juga menerima kunjungan hormat daripada Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Keningau yang diketuai oleh Ketua Zon, Tuan Yuszaimi Hairul Azwan Juatan.
Berkaitan dengan kunjungan JBPM itu Robert berkata, selain menjalinkan hubungan silaturahim ia juga dapat memupuk perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.
Menurut Robert, beliau amat menghargai kunjungan mana-mana pihak kepadanya kerana ia menjadi medan untuk bertukar-tukar pendapat dan percambahan idea.