27.7 C
Kota Kinabalu
Selasa, Mei 20, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Robert Tawik lawatan Jalan Kg Sosopon, minitinduk dan Jalan Maasin.

Robert (dua dari kiri)bersama rombongan semasa melawat jalan yang menjadi rungutan pengguna.

KENINGAU:Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin melakukan lawatan Jalan Kampung Sosopon, Jalan minitinduk Jalan Maasin yang menjadi rungutan daripada penduduk setempat terutama pengguna tetap jalan tersebut.

Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor diiringi oleh Jurutera Bahagian JKR Daerah Keningau Zulkefli Salip Arjud serta beberapa Pegawai Kanan JKR Keningau kelmarin.

Dalam lawatan itu Datuk meminta agar pihak JKR membaiki serta menyelenggara bahagian-bahagian jalan yang mengalami hakisan dan kerosakan.

Beliau juga meminta pihak JKR membincangkan solusi mengenai pemeliharaan jalan dan cadangan-cadangan lain yang berkaitan dengan jalan tersebut.

Sementara itu Jurutera Bahagian JKR Daerah Keningau dalam ulasannya berkata, beliau mengambil berat akan masalah jalan raya di kawasan tersebut namun kekangan berlaku akibat kekurangan jentera dan jentera sedia ada masih dalam kerja penyelenggaraan di tempat lain.

Robert menyampaikan polipaip kepada penduduk Kampung Bandukan.

“Walaubagaimanapun kita akan usahakan apa yang termampu agar masalah dan rungutan pengguna jalan dapat di selesaikan dalam masa terdekat” katanya.

Turut sama dalam lawatan itu, Kakitangan bahagian operasi Pejabat UPPM N.40 Bingkor George Dairie dan Dennis Joakim.

Selepas melakukan lawatan jalan yang rosak itu wakil rakyat Bingkor itu bergegas ke Kampung Bandukan menyerahkan sumbangan Polipaip untuk menggantikan saluran paip graviti kampung tersebut yang rosak akibat banjir yang berlaku baru-baru ini.

Robert menyampaikan polipaip kepada penduduk Kampung Bandukan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN