24 C
Kota Kinabalu
Isnin, Januari 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Robert Tawik lawat Taman Awam Bandukan dqn Pekan Bingkor

Robert (kanan) bersama Zaki semasa melawat dan meninjau kawasan Taman Awam Bandukan.

KENINGAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin melakukan lawatan di Taman Awam Bandukan dan Pekan Bingkor baru-baru ini.

Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya berkata, lawatan itu adalah untuk mengenal pasti masalah dan kekurangan di kawasan tersebut.

“Dengan mengenal pasti masalah tersebut, terdapat keperluan untuk cadangan pembangunan serta menaiktaraf kedua-dua kawasan tersebut” katanya.

Katanya, cadangan menaiktaraf kedua-dua kawasan itu akan dibawa ke pengetahuan yang berkenaan.

Jelasnya, kedua-dua pembnagunan di kawasan itu perlu dilaksana seiring memandangkan Taman Awam Bandukan adalah salah satu destinasi pelancongan di daerah ini dan Pekan Bingkor merupakan persinggahan.

Tambahnya, jika kedua-dua kawasan ini dibangunkan ia sekali gus meningkatkan ekonomi dan taraf hidup penduduk di kawasan ini dengan kehadiran lebih ramai pengunjung di Taman Awam Bandukan.

Turut sama dalam lawatan itu, Penyelia Masyarakat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat ( UPPM ) N. 40 Bingkor Zaki Zakaria.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN