Robert (kanan)bersama rombongan semasa melawa tJalan Kamansi Kampung Baru yang putus.
KENINGAU:Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin hari ini bergegas melawat dan meninjau beberapa tempat di kawasan Bingkor yang dilanda banjir kilat semalam.
Dalam lawatan itu Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor meninjau beberapa jalan rosak dan terputus serta tebing runtuh akibat banjir kilat.
Antaranya, jalan utama Menggitom, jalan Kamansi Kampung Baru dan jalan Liposu.
Beginilah keadaan jalan Liposu yang rosak akibat banjir kilat.
Selepas lawatan itu Robert meminta pihak-pihak yang berkenaan agar dapat mengambil tindakan segara membaiki jalan yang rosak.
Turut serta dalam lawatan itu, Jurutera JKR Daerah Zulkefli Bin Salip Arjud, wakil dari Pejabat Parlimen Keningau Johari Pongod dan staf pejabat UPPM N. 40 Bingkor.