Jeffrey (tengah), Robert (ketiga dari kiri) bersama Rubin (kedua dari kanan), Ellron (ketiga dari kanan) dan Flovia (kedua dari kiri).
KENINGAU: Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah (ADUN) N40 BINGKOR Datuk Robert Tawik@Nordin dilantik sebagai Pengerusi pelaksana Program Jelajah Gabungan Rakyat Sabah ( GRS) bagi Zon 6.
Pelantikan itu diumumkan oleh Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah ( GRS) zon 6 Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G Datuk Kitingan semasa pembentukan Jawatankuasa pelaksana program itu bertempat di PXC Event Space Pexoholic Cafe Bandar Baru Keningau.
Zon 6 adalah merangkumi Perlimen Keningau, Tenom dan Pensiangan terdiri DUN Tambunan, Bingkor, Liawan, Kemabong, Melalap, Tulid, Sook dan DUN Nabawan.
Dr Jeffrey juga memaklumkan Jelajah GRS Zon 6 akan diadakan pada 23 Januari akan datang ini yang akan diadakan bertempat di Dataran Keningau yang mana tetamu khas adalah Ketua Menteri Sabah Merangkap Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah Datuk Seri Panglima Hj Hajiji Hj Noor.
Robert yang juga Timbalan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku ( STARSABAH) ketika mempengerusikan mesyuarat itu berkata semua ADUN di Zon 6 adalah sebagai Timbalan Pengerusi Pelaksana dan setiap Pemimpin parti kompenon GRS dikawasan zon 6 terlibat memainkan peranan penting dalam pelaksanaan kelancaran dan menjayakan program tersebut.
Turut hadir di mesyuarat itu ialah ADUN Kemabong Datuk Rubin Balang, ADUN Sook Datuk Ellron Alfred Angin dan ADUN Tulid Datuk Flovia Ng.