31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Oktober 6, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Robert Tawik: Bersatu dan bekerja dalam satu pasukan ke arah memantapkan Parti.

GAMBAR: Robert (berdiri tengah)bergambar kenangan bersama barisan AJK Bahagian STARSABAH N.40 Bingkor dan Ketua-Ketua Biro yang dilantik.

KENINGAU:Ketua Bahagian STARSABAH N.40 Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin meminta semua peringkat kepimpinan di Bahagian itu bersatu dan bekerja dalam satu pasukan ke arah memantapkan Parti.

Robert yang juga Naib Presiden STARSABAH meminta semua pemimpin parti di semua Peringkat iaitu Bahagian, Wiramuda,  Wiranita dan Biro-Biro bersiap sedia dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15(PRU 15) akan datang.

“Dalam PRU  nanti, kita mesti mempertahankan Parlimen P.180 Keningau dan mengekalkan Presiden STARSABAH Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G. Kitingan sebagai calon dan mempastikan kemenangannya.

STARSABAH adalah dalam Perikatan Nasional, maka itu pemimpin  STARSABAH mesti memberikan sokongan padu kepada Perikatan  Nasional” katanya pada Mesyuarat AJK Bahagian  dan majlis santai dengan pemimpin-pemimpin STARSABAH di Taman Bandukan Riverside Resort kelmarin.

Di Peringkat Negeri pula kata ADUN Bingkor itu,  STARSABAH adalah bersama-sama bertanggungjawab membentuk Gabungan Rakyat Sabah (GRS)yang sekarang adalah kerajaan Negeri Sabah.

Dalam mesyuarat itu, 28 Biro telah dibentuk dan perlantikan  Ketua-Ketua Biro telahpun dibuat.

Berikut adalah Ketua-Ketua Biro yang dilantik yang diumumkan oleh Ketua Bahagian STARSABAH N40 Bingkor Datuk Robert Tawik @Nordin 

  1. Biro Politik:  Datuk Robert Tawik @Nordin, 
  2. Biro Strategik: Junior Fred Vincent
  3. Biro Penerangan: Dennis Joakim
  4. Biro Media & publisiti: Hj. Yazid Hj Mohd Hasnan Tawik @ Charles 
  5. Biro Wanita, keseimbangan gander dan kanak-kanak: Bibiana Lacius
  6. Biro undang-undang: Hairul Vaiyron Osman
  7. Biro sukan: Florian ilon
  8. Biro Rekreasi dan Gaya hidup sihat: JM Jennedy Bundoi
  9. Biro NGO: Mailih Lajiwat
  10. Biro pendidikan pembangunan sumber manusia: Hj. Yazid Hj.Mohd Hasnan Tawik @ Charles 
  11. Biro keusahawanan: Sonjah Junaidi
  12. Biro Annak Negeri: Daniel Palangi
  13. Biro Kebajikan dan keluarga: Jennifer Epil
  14. Biro Pengguna: Awil Ugoh
  15. Biro pemerkasaan belia: Fendy Salleh
  16. Biro pertanian: Datuk Justin Guka
  17. Biro pelancongan: Fredoline Tad Abin
  18. Biro perikanan: Alex Amik
  19. Biro budaya&seni: Norlin Joe
  20. Biro Manifesto parti: Robert Paulus
  21. Biro Disiplin: Vincent Fred Marakau
  22. Biro keahlian&daftar pemilih: Florian Ilon
  23. Biro Pembangunan  dan luar bandar: Junior Fred Vincent
  24. Biro Siswa Siswi: Mailen Belly
  25. Biro urus tadbir pentadbiran : KIV
  26. Biro alam sekitar: George Dairie
  27. Biro GLC/ Oil & Gas: Maximus Joannes
  28. Biro integrasi: Lily Korimput

Turut hadir di mesyuarat tersebut ialah Datuk Justine Guka  bekas ADUN Bingkor yang juga sebagai Penasihat STARSABAH Bahagian N40 Bingkor.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN