Robert begitu khusyuk mendengar bisikan Dakoh yang mungkin mengatakan “kami tetap sokong YB” yang prihatin dengan kami.
KENINGAU:Pagi tadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin melawat dan meninjau perjalanan pemberian suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Bingkor
Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya berkata, beliau berpuas hati dengan pengoperasian PPV berkenaan.
“Syukur segala pengoperasian berjalan dengan lancar dan teratur serta masyarakat yang hadir juga mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)” katanya.
Beliau juga berharap semoga pengoperasian ini terus berjalan lancar dihari-hari seterusnya.
Turut hadir pada pagi ini Ketua Masyarakat Cina N.40 Bingkor, Mr. Yong Wing On dan Mr. Frankie Fong.
Mereka turut membawa 60 set nasi lemak McD untuk disumbangkan kepada petugas dan sukarelawan di PPV Dewan Masyarakat Bingkor.
Sementara itu seorang warga emas Dakoh Bin Ranggangon yang berumur 83 tahun dari Bingkor baru teruja dengan kehadiran Robert di PPV itu.
Katanya, Robert sungguh prihatin dengan rakyatnya.
“YB Datuk Robert sentiasa turun di kawasan untuk melihat masalah dan mendengar keluhan rakyat” kata Dakoh yang sudah melengkapkan dos kedua vaksin hari ini.
Tambahnya, Robert adalah seorang pemimpin yang amat disenangi rakyat kerana sentiasa turun di kawasannya.
Sambil itu Dakoh gembira kerana dapat menerima dos kedua vaksin.
“Saya senang hati dapat menerima dos kedua vaksin kerana tidak ada kesan sampingan yang saya rasa malah saya rasa sihat” katanya.