31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Oktober 6, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Robert Tawik ajak rakyat kawasan Bingkor kibarkan Jalur Gemilang dan bendera Sabah

Robert (tujuh dari kanan)menyerahkan jalur gemilang dan bendera Sabah kepada pemimpin-pemimpin masyarakat dan wakil-wakil parti komponen GRS.

KENINGAU:Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin menggesa agar rakyat khususnya di kawasan Bingkor bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera Sabah sebagai tanda cintakan negara yang merdeka.

Katanya, selain mengibarkan jalur gemilang dan bendera negeri bagi menyemakankan bulan kemerdekaan, penghayatan makna kemerdekaan juga amat penting dikalangan generasi masa kini.

Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor berkata, di samping pengibaran jalur gemilang, pengorbanan pejuang-pejuang kemerdekaan yang terdahulu perlu diingati.

“Ini kerana tanpa pejuang kemerdekaan, negara tidak dapat mencapai kemerdekaan” katanya selepas 

menyempurnakan Pelancaran Bulan

Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2021 peringkat Kawasan DUN N.40 Bingkor, di Pekan Bingkor kelmarin.

Selain itu katanya, sempena Bulan Kebangsaan rakyat perlu menunjukkan semangat patriotik dan bersama-sama menyelamatkan negara  daripada ancaman virus Covid-19 ini dengan terus mematuhi SOP dan mengambil suntikan vaksin.

Hadir sama pada majlis itu wakil dari setiap parti komponen GRS, wakil JPKK Dun N.40 Bingkor, wakil pejabat ADUN N.40 Bingkor dan wakil pejabat UPPM N.40 Bingkor.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN