30 C
Kota Kinabalu
Rabu, April 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Robert Tawik adakan perjumpaan bagi Pengesahan Panel PEDi Malaysia

Robert tiga dari kanan bergambar kenangan dengan Panel Penasihat PEDi.

KENINGAU:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor Datuk  Robert Tawik @ Nordin Mengadakan perjumpaan bagi Pengesahan Panel Penasihat Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Dewan Apin-Apin.

PEDi sebelum ini adalah dikenali sebagai Pusat Internet Komuniti.

Peranan PEDi adalah sebagai Pusat Sehenti untuk menyediakan capaian Internet secara kolektif kepada masyarakat dan kawasan yang kurang mendapat liputan jalur lebar.

Masyarakat setempat juga boleh mengikuti pelbagai kursus dan latihan

berasaskan ICT, mengambil bahagian dalam program untuk mengasah

kemahiran dalam perniagaan e-dagang, serta aktiviti yang menggalakkan penciptaan digital, penyebaran dan penguasaan ilmu pengetahuan digital.

Selain itu ia meningkatkan kesedaran dan penglibatan komuniti ke arah meningkatkan taraf sosioekonomi dan memperkasakan modal insan dalam kalangan masyarakat luar bandar dan miskin bandar.

Manakala, Objektif Utama Panel Penasihat PEDi ini adalah untuk menggalak dan memberi peluang kepada pelbagai pihak berkepentingan (stakeholders) dalam kalangan komuniti setempat untuk melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan PEDi, serta menarik masyarakat setempat untuk

mengguna pakai sepenuhnya perkhidmatan dan aktiviti di PEDi tersebut.

Sehubungan dengan itu Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya berharap agar para Panel Penasihat PEDi dapat melaksanakan tanggungjawab mereka masing-masing dan seterusnya dapat membantu mencapai objektif PEDi seperti yang ditetapkan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN