24 C
Kota Kinabalu
Isnin, Julai 15, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Robert: Pupuk perpaduan melalui hiburan

Robert menyampaikan hadiah kepada pemenang, sambil disaksikan Zulkefli (kanan)dan Ivy (kiri).

KENINGAU: Penyatuan atau perpaduan kaum boleh di pupuk dengan lebih harmoni melalui hiburan.

Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, beliau menyokong penuh inisiatif Keningaufm Program Juara Lagu Keningaufm (JLK).

“Program hiburan sebegini menggalakkan para pengubah lagu dan penyanyi khususnya di Pedalaman ini untuk terus berkarya dan secara langsung dapat menghasilkan lagu-lagu baru yang lebih pelbagai dan berkualiti” katanya ketika berucap merasmikan Program Juara Lagu Keningaufm di perkarangan Taman Bandukan Riverside Resort Bingkor pada Sabtu.

Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor berkata, selain memberikan pengiktirafan kepada penggiat Seni dan muzik tempatan, ia sekaligus merancakkan lagi industri seumpamanya berkembang di Sabah.

Turut hadir Pengarah Penyiaran Sabah  Zulkefli Mohd dan Pengurus Penyiaran Keningaufm Ivy Rudof.

Program Juara Lagu Keningaufm itu disaksikan lebih kurang 1000 orang penonton.

Sebanyak 15 buah Lagu Keseluruhan  yang didendangkan oleh lima finalis dalam setiap kategori iaitu Bahasa Dusun, Murut dan Bahasa Malaysia

Pemenang Persembahan Terbaik  JLK disandang oleh Sharin Amud Shapri dengan lagu “Lango Pinungananmu” (kategori Bahasa Murut)manakala Vokal Terbaik jatuh kepada Chychyl Alinjiran yang membawa lagu Tak Mengapa (kategori Bahasa Malaysia).

Bagi Kategori Dusun, Lirik Terbaik menangi oleh Henry Juin Majital dengan lagu “Sakag Morobuat” ciptaan sepnuhnya Henry Juin Majital.

Juara lagu Dusun  disandang oleh Jasredy Gusip  ( Lumangad Dika)  Lirik  Jasredy Gusip dan Rayner Rupin.

Bagi kategori lagu Murut Lirik Terbaik  Pangkadaan (Angelia Felix ) Lirik dan Lagu Janting Sajin.

Sementara itu  Juara Lagu Murut “Bilin Nu Matuo” (Sudin Kansut) Lirik dan Lagu oleh Masrani Tumas dan Dinna Libou.

Lirik Terbaik kategori Bahasa Malaysia pula  dimenangi oleh Mejjo dengan lagu Impian,  Lirik dan Lagu Mejjo.

Juara Lagu Bahasa Malaysia Tak Mengapa (Chychy Alinjiran) Lirik dan lagu oleh Osman Honest.

Hadiah Juara setiap kategori adalah RM5000 manakala Persembahan Terbaik dan Vokal Terbaik masing-masing menerima hadiah RM1000

Juara Lagu ini, sepatutnya diadakan pada tahun 2020 namun demikian atas sebab Pandemik Covid-19 ia ditangguhkan pada tahun ini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN