24 C
Kota Kinabalu
Ahad, Oktober 6, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Robert: Projek yang menjadi keutamaan dalam kawasan Bingkor sudah disenaraikan.

Robert (kiri)semasa melawat pondok rekreasi Kampung Nuntunan Apin-Apin.

KENINGAU:Projek-projek yang difikirkan menjadi keutamaan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)Bingkor sudah disenaraikan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk  Robert Tawik @ Nordin berkata, beliau telah menyenaraikan beberapa projek untuk diberi keutamaan pada masa akan datang.

Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya berkata demikian selepas melawat beberapa projek yang telah siap dilaksanakan di kawasan DUN Bingkor kelmarin.

Projek-projek yang dilawati adalah Projek bina baru pondok rekreasi di Kampung Nuntunan, Projek penyelenggaraan Balai Raya Kampung Ritting, Projek bina baru parit konkrit Kampung Ritting sejauh 300 meter, Projek naik taraf jalan Kampung Sungoi kepada jalan konkrit sejauh 100 meter, Projek bina baru tandas komuniti berkembar Kampung Sungoi, Projek selenggara jalan Kampung Kapayan Lama iaitu Jalan Gravel sejauh 120 meter dan Projek penyelenggaraan Balai Raya Kampung Ranggom.

Robert (tengah)semasa melawat parit konkrit Kampung  Ritting.

Mengulas lawatan itu,  Robert berkata, beliau berpuas hati dengan semua pelaksanaan kerja-kerja projek yang telah siap sepenuhnya.

Turut serta dalam lawatan itu, Pemaju Mukim Apin-Apin Dennis Joakim CDO Bingkot Tinus Majip, Pengerusi JKDB Apin-Apin, Paul Sitampat, Pengerusi JPKK Kampung Nuntunan Puan Bibiana Lasius, Pengerusi JPKK Kampung Ritting Matius Jail, Pengerusi JPKK Kampung Sungoi Marcellus Intang, Pengerusi JPKK Kampung Kapayan Lama Lorenzo Juli dan WKAN Alex Amik.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN