32 C
Kota Kinabalu
Khamis, April 24, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Robert menerima kunjungan hormat Pengarah Wilayah Tabung Haji ( TH ) Sabah Dan Sarawak

Robert (dua dari kanan) menerima cenderakenangan daripada rombongan TH yang disampaikan oleh Yusdi. Turut kelihatan Nurlaila (tengah).

KOTA KINABALU: Pembantu Menteri Kerja Raya, YB Dtk Robert Tawik @ Nordin menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Wilayah Tabung Haji ( TH ) Sabah Dan Sarawak Datin Hajah Nurlaila Haji Said.

Turut serta dalam kunjungan itu Pengarah Lembaga Tabung Haji (TH) Negeri Sabah Haji Yusdi bin Haji Nasip.

Semasa kunjungan itu, Datin Hjh Nurlaila memberi taklimat pengoperasian cawangan bergerak untuk Daerah Keningau.

Dalam Pada itu, Robert yang juga ADUN Bingkor menyokong penuh pengoperasian cawangan bergerak yang akan dilaksanakan di Daerah Keningau

Katanya, beliau sentiasa memberikan kerjasama apa juga program dan aktiviti yang dirancang oleh Tabung Haji demi menafaat masyarakat Islam di daerah ini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN