26 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Jun 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Robert: Manfaatkan semula bahan-bahan struktur bangunan lama

Struktur Bangunan Balai Raya lama Kg.Baru Bingkor dan Bangunan Dewan Terbuka yang baru

KENINGAU: Bahan-bahan daripada struktur bangunan lama yang terdapat di kampung-kampung jangan disia-siakan sebaliknya boleh digunapakai untuk penambahbaikan mana-mana keperluan lain.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor, Datuk Robert Tawik mencadangkan perkara itu berkata, struktur bahan-bahan seperti papan, tiang beruti serta atap yang terdapat pada bangunan lama perlu dimanfaatkan semula kepada penambahbaikan kecil seperti membuat pagar atau pondok tertentu untuk kemudahan penduduk.

“Ia bukan saja boleh menjimatkan kos, malah tidak membazirkan alat-alat binaan yang boleh dikitar semula. Bangunan lama kebanyakan diperbuat daripada bahan binaan yang berkualiti seperti jenis kayu dan atapnya. Justeru ia boleh dimanfaatkan semula”, tegas Robert yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri Sabah.

Beliau turut menasihatkan agar pemimpin peringkat kampung agar menjaga sebaiknya bangunan baru dibina itu untuk kemudahan penduduk kampung melaksanakan apa juga program komuniti.

Beliau berkata demikian ketika melawat perkembangan pembinaan dewan terbuka Kg.Baru, Bingkor dekat sini pada Sabtu.

Dalam lawatan itu, Robert turut meluluskan bantuan pemagaran kawasan dewan tersebut berupa bahan-bahan membina pagar seperti tiang dan dawai pagar.

Dewan Terbuka itu telah siap sepenuhnya dengan kos sekitar RM 150 ribu untuk menggantikan balai raya yang telah usang.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN