GIMIKā¦Datuk Jonathan menanam anak pokok Kopi Arabica sempena majlis itu.
RANAU: Seramai 40 ketua keluarga penduduk Kg.Marakau di sini, kini menceburi projek penanaman kopi Arabica dan buah-buahan secara berkumpulan di Bukit Nundi Panatakan dan Bayan terletak 1.5 kilometer dari pusat Kg.Marakau.
Rancangan penduduk untuk melaksanakan projek itu menjadi satu realiti dan lebih mudah apabila mendapat peruntukan berjumlah RM50 ribu untuk kos penyelanggaran jalan ke tapak projek berkenaan daripada Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin.
Peruntukan itu diumunkan Jonathan yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri II, samasa lawatannya ke lokasi projek itu baru-baru ini.
Pengerusi pelaksana projek, Datuk Henrynus Amin ketika ditemui mewakili 40 orang Ketua Keluarga yang terlibat dengan projek tersebut merakam.
penghargaan terima kasih atas sumbangan dan bantuan daripada Datuk Jonathan dalam melaksanakan projek tersebut yang boleh dicontohi penduduk kampung lain.
“Kita amat berterima kasih kepada Datuk Jonathan kerana membantu penduduk melaksanakan projek itu bagi menaiktaraf ekonomi masa depan rakyat”, jelas Hendrynus.
Jonathan ketika berucap pada majlis pelancaran projek itu, turut mengharapkan kepada penduduk yang terlibat dengan projek berkenaan agar memanfaatkan sepenuhnya bimbingan dan tunjukcara daripada Pengerusi (Datuk Hendrynus) yang memang punyai ilmu pengetahuan luas dalam bidang projek penanaman Kopi Arabica untuk menjana pendapatan lumayan dan menambah ekonomi penduduk jika diusahakan secara bersungguh-sungguh.
“Saya mengharapkan kepada semua
penduduk yang terlibat dengan projek ini agar mengusahakannya secara bersungguh-sungguh untuk meraih hasil yang lumayan serta membanggakan”, jelas Datuk Jonathan.