24 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

RM50 Juta Bantu Masyarakat Kampung Bayar Bil Elektrik

Hajiji (tengah) menyampaikan bantuan pendidikan kepada penerima.

KOTA KINABALU: Sejumlah RM50 juta diperuntukkan untuk membantu masyarakat kampung membayar bil elektrik.


Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata inisiatif itu adalah bagi meringankan beban mereka yang menghadapi kesukaran membayar bil elektrik.


“Inisiatif ini diambil bagi membantu meringankan beban penduduk kampung yang layak dan menghadapi kesusahan dalam membayar bil elektrik mereka.


“Selain itu, mulai tahun depan, kerajaan negeri juga akan membantu sebanyak RM300 kepada ibu bapa miskin tegar di negeri ini, selama setahun,” jelasnya.


Hajiji berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Penyampaian Bantuan Pendidikan Negeri Sabah di Dewan Bankuasi Utama, Menara Kinabalu.


Seramai 257 orang pelajar menerima bantuan pendidikan seperti Biasiswa Kerajaan Negeri, Tabung Pendidikan Negeri Sabah, Bantuan Ihsan Sekolah Sabah (BISBAH), Bantuan Ihsan Komputer (BAIK), Bantuan Khas Program Pendidikan (BANTU) dan juga Program Biasiswa, Dermasiswa dan Pinjaman Pengajian Yayasan Sabah.


Turut hadir dalam majlis tersebut Menteri Sains Teknologi Dan Inovasi Datuk Dr Arifin Mohd Arif, Pengarah Yayasan Sabah Datuk Seri Gulamhaidar @Yusof Khan Bahadar, Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn Bhd Datuk Jasnih Daya dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Sr. Safar Untong. –Penerangan

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN