Antara ribuan masyarakat Islam yang hadir menunaikan solat sunat Hari Raya Aidiladha di Dewan Serbaguna berampiran Masjid pekan Ranau.
RANAU: Ribuan masyarakat Islam dari sekitar pekan di sini, membanjiri Dewan Serbaguna pekan Ranau, untuk menunaikankan solat sunat Hari Raya Aidiladha pagi tadi.
Bangunan Dewan Serbaguna dijadikan masyarakat Islam sebagai ruang untuk menunai solat Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha dan solat sunat setiap Jumaat, memandangkan bangunan Masjid Baharu masih dalam proses pembinaan.
Tinjauan penulis yang juga menyertai solat Hari Raya Aidiladha itu, mendapati kehadiran semakin menggalakkan berbanding semasa musim pandemik Covid-19.
Ramai menyifatkan, keadaan semakin pulih dan di Ranau pula sudah beberapa minggu mencapai sifar ‘0’ jangkitan Covid-19 dan itu harus dikekalkan dengan pematuhan SOP seperti yang ditetapkan kerajaan.
Antara ribuan yang hadir menunaikan Solat Aidiladha itu ialah, Pengerusi Masjid daerah Ranau yang juga mantan Pegawai Daerah Ranau dan mantan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEANS), Datuk Haji Amri Bin Haji Suratman, sementara Khutbah Hari Raya Aidiladha telah disampaikan Imam Masjid Daerah Ranau, Ust.Mohd.Nazrul Bin Yidin.
             Â



