30 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Julai 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Remaja lelaki ditemui mati tergantung pada kipas.

OLEH ADUKA JASNIN SUMAN

KOTA KINABALU: Seorang remaja lelaki berusia 24 tahun ditemui tidak bernyawa dalam keadaan tergantung pada kipas siling di dalam bilik rumahnya di Taman Sepanggar, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji ketika mengesahkan kejadian itu berkata, mangsa ditemui oleh ahli keluarganya lebih kurang jam 6.00 petang lalu bertindak menghubungi pihak polis.

Katanya, ahli keluarga yang menemui mangsa tergantung di dalam bilik bertindak memotong tali yang terikat pada leher mangsa.

“Ahli keluarga membaringkan mangsa di atas katil sementara menunggu pihak pihak polis dan pasukan perubatan.

“Siasatan awal mendapati mangsa menggantungkan dirinya menggunakan seutas tali yang diikat pada kipas siling dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya.

-Asisten Komisioner Habibi Majinji –

Menurut Habibi, ahli keluarganya memberitahu, sejak kebelakangan ini mangsa dilihat mengalami kemurungan serta tekanan perasaan.

“Siasatan di tempat kejadian juga tidak menemui sebarang unsur perbuatan jenayah dan tiada kesan kecederaan pada anggota badan mangsa.

“Mayat mangsa kemudian di hantar ke Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) untuk bedah siasat. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” jelas beliau.-TAMAT-

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN