25.5 C
Kota Kinabalu
Selasa, Mei 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Dos penggalak akan diberikan kepada masyarakat di daerah ini selepas remaja 12 hingga 17 tahun lengkap 2 dos.

Walter (tiga dari kanan)menunjukkan poster Pematuhan SOP PPN Fasa 3 bagi Daerah Keningau

KENINGAU:Daerah ini akan merancang program dos penggalak atau dos ketiga selepas Pemberian Vaksin Covid-19 dos kedua bagi remaja 12 hingga 17 tahun selesai dalam masa terdekat ini.

Pegawai Daerah Keningau Walter Kenson berkata, para petugas barisan hadapan , kumpulan berisiko dan warga emas akan didahulukan untuk menerima suntikan dos penggalakan atau dos ketiga ini selepas itu akan di berikan kepada umum secara berperingkat di Pusat Pemberian Vaskin (PPV) yang akan dimaklumankan nanti.

Sehubungan itu , Walter berharap para penerima vaskin Covid 19 sebelum ini dapat tampil dan memberi kerjasama  untuk mendapatkan suntikan ini demi keselamatan bersama dalam memutuskan rantian jangkitan covid 19.

“Siapa-siapa yang sudah menerima vaksin lengkap selepas selama 6 bulan dan keatas, kita akan panggil dan juga maklumkan kepada masyarakat untuk datang di PPV” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas  Pelancaran Perincian Pelaksanaan SOP Pelan Pemulihan Negara  Fasa 3 Peringkat Daerah Keningau di Pekan Keningau.

Jelasnya,  fungsi dos penggalak ini adalah untuk memastikan perlindungan imuniti badan kekal optimum manakala bagi dos ketiga pula, dos ini adalah khas bagi golongan yang mempunyai masalah pertahanan badan, contohnya pesakit kanser yang sedang menjalani rawatan. 

Terdahulu,  Walter yang juga Pengerusi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB)Daerah Keningau memaklumkan bermula 1 November ini pematuhan prosuder oeprasi standard SOP Covid 19 akan diperketatkan lagi  di Keningau seperti mewajibkan penggunaan QR Code My Sejahtera ataupun kad vaksin yang diberikan untuk masuk di dalam mana-mana permis dan membuat pemeriksaan secara mengejut oleh pasukan pemantau.

Jelasnya lagi, orang awam  yang kehilangan kad vaksin boleh merujuk di Pejabat Kesihatan  Kawasan Keningau sebelum hujung bulan ini.

Katanya, menulis nama dibuku tidak lagi digalakkan disebabkan kebanyakkan orang awam tidak menulis nama sebenar apabila masuk ke permis selain mengelak penggunaan pen yang silih berganti dalam membendung penularan jangkitan covid 19.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN