Oleh: Jainuddin Nasir
RANAU: Anggota RELA kawasan Kg.Muhibah di sini bersepadu dan terus bekerjasama dengan pihak anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mempastikan penduduk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April.
Arahan itu yang dikuat-kuasakan kerajaan bertujuan mengelakkan jangkitan virus Corona yang kini melanda dunia.
“Penduduk harus akur dan menurut arahan tersebut demi kebaikan semua pihak tanpa mengira agama, budaya, suku kaum dan idologi politik”, salah seorang penduduk Kg.Muhibah yang hanya mahu dikenali sebagai Kelimin.
Menurut beliau, untuk mendepani penularan Covid-19, rakyat kena ikut nasihat pihak berkuasa agar mematuhi peraturan ‘Stay At Home’ sehingga tamat tempoh yang telah di tetapkan.
Orang ramai juga katanya, perlu meningkatkan tahap kebersihan diri seperti menggunakan penutup hidung dan mulut, kerap memasuh tangan menggunakan ‘sanitizer”serta sarung tangan yang disyorkan Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM)sebagai langkah mengelakkan daripada jangkitan Coronavirus. –TAMAT–
T A M A T
- Sebahagian anggota RELA dan PDRM yg bertugas di kawasan Kg.Muhibah Ranau.