28 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 8, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

RELA Keningau laksana OPS Landai 2.0, beri kesedaran komuniti setempat

Kelihatan anggota menjalankan OPS Landai 2.0 di sekitar Pekan Keningau.

Oleh:Marutin Ansiung

KENINGAU: Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Daerah Keningau telah melaksanakan OPS Landai 2.0 untuk memberi kesedaran kepada komuniti setempat, seterusnya membantu melandaikan keluk kes COVID-19  di negara ini dan khususnya di daerah Keningau.

Pegawai RELA Daerah Keningau, Penolong Pesuruhjaya RELA (PPjR) Helmi bin Haji Juran berkata, 

OPS Landai 2.0 bertujuan untuk mendorong masyarakat agar mengamalkan “lockdown” kendiri dan membantu kerajaan dalam penguatkuasaan pematuhan Prosedur Operasi Standard  (SOP)Perintah Kawalan Pergerakan  (PKP) dengan membuat rondaan di kawasan-kawasan tumpuan di daerah ini.

Pegawai RELA Daerah Keningau Helmi bin Haji Juran.

Katanya, dengan OPS Landai 2.0 ini, RELA Daerah Keningau menjadi Agen Kesihatan Komuniti melalui hebahan pendidikan kesihatan terutama berkaitan langkah-langkah pencegahan COVID-19 dalam komuniti dan pematuhan SOP.

“OPS Landai 2.0 ini menumpukan beberapa kawasan tumpuan di daerah Keningau, terutamanya di kawasan perkampungan yang masih perlu pemantauan terhadap pematuhan SOP yang telah dikeluarkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN)” katanya selepas operasi itu baru-baru ini.

Jelasnya, selama rondaan yang dilaksanakan dengan kekuatan seramai satu Pegawai RELA dan tiga anggota RELA mendapati bahawa kadar pematuhan komuniti terhadap SOP adalah pada kadar yang baik

Walau bagaimanapun katanya pemantauan masih diteruskan agar komuniti terus tidak lupa dengan SOP yang telah ditetapkan.

Rondaan ini juga katanya adalah memastikan aktiviti yang dibenarkan dan senarai aktiviti yang dilarang ketika Sekatan Pergerakan Penuh dilaksanakan, memastikan pematuhan penjarakan fizikal dengan penekanan amalan kesihatan awam, memastikan tiada aktiviti berkumpulan di kawasan komuniti dan memastikan komuniti mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh MKN/MITI pada keseluruhanya.

Helmi berkata, OPS Landai 2.0 kali ini amat penting bagi memastikan komuniti di daerah Keningau untuk terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan. 

Beliau berkata, kawasan-kawasan tumpuan ini menjadi keutamaan pihak RELA daerah ini untuk dipantau dengan melakukan rondaan berkala bagi memastikan komuniti setempat mematuhi SOP pada tahap yang optimum dan menekankan amalan kesihatan awam dalam komuniti dilaksanakan. 

“Dari hasil pemerhatian yang dilakukan terhadap keberkesanan OPS Landai 2.0 ini menampakan kesan yang amat baik dan mendapati pematuhan SOP pada tahap optimum yang dilakukan oleh komuniti.” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN