25 C
Kota Kinabalu
Selasa, April 22, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Regatta Lepa Dimasukkan Dalam Kalendar Pelancongan – Christina

Christina (tengah) menyempurnakan gimik perasmian

KOTA KINABALU: Pesta Regatta Lepa akan dimasukkan ke dalam Kalendar Pelancongan Negeri Sabah Tahun 2025.


Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata langkah tersebut mampu meningkatkan daya saing pelancongan berasaskan komuniti dan ia merupakan kaedah efektif untuk mengagihkan hasil pendapatan secara lebih inklusif dan saksama.


“Pesta Regatta Lepa antara program kebudayaan yang akan disenaraikan dalam kalendar pelancongan negeri Sabah pada tahun hadapan selain Museum Festival 2025 dan Kraf Eksotika.

“Usaha ini dapat meningkatkan daya saing pelancongan berasaskan komuniti, iaitu satu kaedah efektif untuk mengagihkan hasil pendapatan industri ini secara lebih inklusif dan saksama.


“Semua usaha ini juga adalah untuk memastikan khazanah budaya ini dapat dinikmati generasi masa ini dan akan datang. Dalam masa sama, dapat merancakkan lagi sektor pelancongan 
“Lepa bukan sekadar sebuah perahu, ia adalah lambang kemahiran, kebijaksanaan dan keunikan seni bina serta kejuruteraan tradisional yang diwarisi dari generasi ke generasi.


 “Kekayaan tradisi budaya dan kepelbagaian etnik merupakan ciri keunikan dan khazanah warisan yang akan terus dipelihara untuk diwarisi generasi akan datang,” ujar beliau.

Menurutnya, melalui penganjuran Regatta Lepa ini, masyarakat bukan sahaja menyemarakkan semangat perpaduan, tetapi juga memperkukuh jati diri kita sebagai masyarakat yang kaya dengan tradisi.


“Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama-sama untuk memperkasakan sektor kebudayaan yang ada di negeri ini.


“Ini adalah selari dengan Pelan Induk Pembangunan Kebudayaan Negeri Sabah 2020- 2030 yang dilaksanakan merangkumi pembangunan Sistem Pemetaan Budaya, menaiktaraf kemudahan-kemudahan pelancongan, pemeliharaan dan pemuliharaan dokumentasi khazanah warisan dan budaya serta kawasan bersejarah,” katanya.

Tambah Hajiji, ia seiring dengan tema pesta kali ini iaitu “Regatta Lepa; Lambang Perpaduan Masyarakat Madani” yang jelas menunjukkan bahawa sambutan regatta mampu menjadi antara platform perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negeri ini.


“Kita perlu terus mempertahankan dan memperkukuhkan semangat perpaduan ini, jangan biarkan sebarang bentuk perpecahan mengganggu keharmonian yang telah kita bina selama ini,” jelasnya.


Teks ucapan beliau yang dibacakan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Christina Liew dalam Malam Perasmian Dan Sangom Maglami-lami Sambutan Regatta Lepa Semporna Kali Ke-29 Tahun 2024 yang diadakan di Padang Semporna.


Turut hadir dalam majlis tersebut Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Josie Lai dan Pegawai Daerah Semporna Alexander Liew/- Penerangan


ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN