32 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Februari 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Real Beauty lancar dua produk baharu

Rejanah (tengah) memperkenalkan produk baharu sanitasi tangan berpewangi keluaran Real Beauty.

BY: Liza Din

KOTA KINABALU: Real Beauty Sdn Bhd (Arby), sebuah syarikat pengeluar produk kecantikan tempatan di negeri ini melancarkan dua produk terbaharunya, Perfume Hand Sanitizer dan produk kecantikan Real Beauty Arby.

Ketua Pegawai Eksekutif Arby, Rejanah Bahanda berkata, produk kecantikan penjagaan kulit muka terbaharu syarikat itu dilancarkan selepas diberikan nafas baharu.

Katanya, produk keluarannya itu kini dibuat dengan formulasi yang lebih maju menggunakan teknologi dari Korea Selatan.

“Ia juga sekali gus mempamerkan wajah baharu dari segi pembungkusan yang lebih eksklusif dan mampu berdaya saing di pasaran tempatan.

“Manakala produk kedua yang dilancarkan malam ini pula adalah Perfume Hand Sanitizer yang mempunyai keunikan tersendiri dan sesuai digunakan oleh semua peringkat usia,” katanya ketika ditemui selepas pelancaran produk berkenaan di Hotel Palace, di sini, malam tadi.

Turut hadir, Ketua Pegawai Operasi Real Beauty Sdn Bhd, Janub Bahanda dan Pengurus Besar, Aaron Bradley Masikam.

Rejanah berkata, kehadiran banyak produk sanitasi tangan di pasaran tidak menghalangnya untuk melahirkan satu lagi produk penjagaan kebersihan diri.

Katanya, apa yang membezakannya dengan sanitasi lain adalah reka bentuknya yang lebih kecil dan mudah untuk dibawa serta dijual pada harga murah yang mampu dimiliki sesiapa saja.

Produk terbaharu keluaran Real Beauty.

“Kita mengeluarkannya dalam bentuk yang sangat kecil iaitu hanya 20 mililiter setiap satu dan mudah untuk dibawa ke mana-mana termasuk untuk tujuan penerbangan.

“Malah, keunikan produk ini adalah ia mempunyai wangian yang bertahan lama dan boleh digunakan oleh kanak-kanak seawal usia dua tahun.

“Ini disebabkan ia tidak mempunyai alkohol yang sangat tinggi, tetapi dia menggunakan sanitasi yang sangat berkualiti tinggi,” katanya.

Sementara itu, di sebalik pembangunan berterusan syarikat berkenaan, Rejanah berkata, Real Beauty akan meneruskan usaha membimbing usahawan-usahawan tempatan.

Katanya, pihaknya memberikan keuntungan sehingga 45 peratus walaupun bermula tanpa memerlukan sebarang modal.

“Kita mengambil stokis ataupun bisnes partner di mana mereka diberikan peluang untuk berniaga dan menjadi usahawan atas nama mereka sendiri,” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN