30 C
Kota Kinabalu
Isnin, Januari 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Reaksi berbeza cadangan KKM naikkan kompaun RM10,000

Saufi dan rakannya.

RANAU: Cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menaikkan bayaran kompaun daripada RM1,000 ke RM10,000 kepada mereka yang gagal mematuhi SOP yang laksanakan mendapat reaksi pelbagai dikalangan warga daerah ini.

Ramai yang ditemui menyifatkan kenaikan kompaun RM10 ribu itu sebagai keterlaluan dan tidak memberi kesan positif kepada pesalah, sebaliknya kompaun itu lebih membebankan mereka yang terlibat, memandangkan ketika ini ramai yang hilang sumber pendapatan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran pandemik Covid-19.

“Bagi saya, jumlah kompaun RM10,000 itu kurang praktik kerana ia tidak menampakkan kesan positif, sebaliknya lebih kepada menimbulkan kebencian dan sepatutnya pihak berkuasa perlu memberi amaran dan nasihat motivasi terlebih dahulu barulah mengenakan tindakan sewajarnya membayar kompaun RM5,000 bukan RM10,000 terus”, kata Lydia Paneda 44, dari Taman Saujana Ranau mencadangkan RM5,000 sebagai kompaun kepada pesalah disokong rakanya, Wardahjia 21, dari kg.Kinapulidan Ranau.

Ustaz Haji Abd.Rahman Datuk Haji Ahmad

“Memberi ruang kesedaran kepada individu atau kumpulan adalah lebih positif daripada terus mengenakan bayaran tinggi, sedangkan ramai sekarang yang hilang sumber pendapatan termasuk mereka yang diberhentikan kerja mereka daripada majikan”, tegas Nicholes George 56, dari Kg.Tampios Ranau.

“Bagi saya pula, menaikkan bayaran kompaun kepada mereka yang ingkar mematuhi SOP adalah wajar sebagai memberi keinsafan kepada golongan yang tidak patuh pada arahan membudayakan kehidupan baharu khususnya usaha untuk mengekang penularan Covid-19.

“Jadi padan mukalah mereka yang kena kompaun RM10 ribu, kerana melanggar arahan yang ditetapkan, siapa suruh tidak mematuhi SOP yang ditetapkan”, tegas Saufi Bin Hamzah 30, dari Kg.Paka Dua Ranau.

Seorang lagi, Abd.Rahman Bin Datuk Haji Ahmad 64, dari pekan Ranau, mencadangkan kompaun bagi pesalah tidak ikut SOP lebih baik di penjara 3-6 bulan (kesalahan pertama) selepas diberi amaran pertama, bagi memberi ruang, peluang dan kesedaran untuk memperbaiki kesalahan yang dilakukan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN