31 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 14, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Rasuah ancaman besar kepada pembangunan negara-Mohd Sukuran

MOHD SUKURAN secara simbolik merasmikan Hari Antirasuh Antarabangsa peringkat Labuan sambil diperhatikan Muhammat Azis (dua dari kanan), Azhar (dua dari kiri), Augustine (kiri sekali) dan Noor Halim.

LABUAN: Kegiatan rasuah merupakan ancaman besar kepada pembangunan negara yang jika tidak dibendung boleh merencatkan pelaksanaan dasar serta melemahkan kepercayaan rakyat dan menjejaskan martabat perkhidmatan awam.

Demikian kata Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Mohd Sukuran Taib ketika berucap merasmikan Hari Antirasuah Antarabangsa peringkat Wilayah Persekutuan Labuan yang diadakan di Terminal Feri Antarabangsa Labuan (FTAL), pada Khamis.

Justeru itu beliau berkata langkah langkah pencegahan, pengukuhan kawalan
dalaman serta pematuhan terhadap undang-undang dan
prosedur mesti terus diberi keutamaan.

“Kefahaman serta penghayatan nilai integriti oleh setiap penjawat
awam adalah asas utama dalam memastikan pentadbiran yang
cekap, telus dan bebas daripada sebarang bentuk salah laku.

Kita mungkin tidak mampu mengubah apa yang telah berlaku
pada masa lalu, namun hari ini kita diberi ruang untuk
membentuk masa depan negara yang stabil, amanah, dihormati dan
bebas daripada budaya rasuah” katanya.

Beliau berkata, usaha membina masa depan negara yang berintegriti menuntut
penglibatan menyeluruh dan komitmen berterusan daripada
setiap individu dalam perkhidmatan awam.

Jelas Mohd Sukuran lagi, program yang bertemakan “Bersama Penjawat Awam Menentang Rasuah: Membentuk Masa
Depan Berintegriti”adalah amat bertepatan dengan suasana dan
cabaran tadbir urus semasa.

Tema ini katanya, bukan sekadar slogan, tetapi merupakan seruan jelas
betapa pentingnya usaha bersepadu, berterusan dan
menyeluruh dalam memerangi gejala rasuah, khususnya dalam
sektor perkhidmatan awam.

“Tema ini juga selari dengan agenda nasional di bawah Strategi
Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) yang menekankan
kepentingan integriti, akauntabiliti dan tatakelola yang berkesan”,
katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Labuan Muhammat Azis Malmod berkata program tersebut bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan memperkukuh intigreti serta menggalakkan kerjasama semua pihak dalam memerangi rasuah.

“Ia juga bertujuan untuk memastikan Wilayah Persekutuan Labuan bersih, telus dan bebas rasuah disamping menerapkan nilai nilai intigreti kepada penjawat awam dan pihak swasta”, katanya.

Hari Antirasuah Antarabangsa peringkat Labuan dianjurkan bersama SPRM Labuan dan LDA (Holding) Sdn. Bhd.

Hadir sama, Pengerusi LDA (Holding), Azhar Othman Ketua Pegawai Eksekutif LDA (Holding) Noor Halim Datuk Zaini, Timbalan SPRM Labuan, Augustine S. Manson David serta Ketua Ketua Jabatan dan Agensi Kersjaan dan Swasta serta NGO.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN