31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Oktober 6, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Ranchas’fm 107.5 Mhz rai Hari Radio Sedunia 2022

PENGETUA SMK Rancha-Rancha….. Ustaz Wan Azman.

LABUAN – Ranchas’fm 107.5 Mhz turut meraikan sambutan Hari Radio Sedunia 2022 dengan tema “Radio dan Kepercayaan” yang bersiaran secara virtual langsung melalui platform Facebook.

Sebagai radio rasmi SMK Rancha-Rancha, Ranchas’fm menampilkan ramai tetamu undangan dari Semenanjung Malaysia dan Wilayah Perekutuan Labuan untuk rancangan “Radio Merentas Zaman” edisi khas bersempena Hari Radio Sedunia 2022 diterbitkan bagi berkongsi dan mendapatkan pendangan daripada generasi terdahulu dan anak muda berkenaan dengan penyiaran radio.

Pegawai Bomba, Mazidi Rosli dan mantan pendidik, Zaharah Mat Jali berkongsi pengaplikasian teknologi radio pada zaman dahulu dalam slot pertama “Frekuensi Nostalgia”.

Mazidi berkata peredaran masa menjadikan komunikasi media khususnya radio semakin berkembang seperti apa yang dapat kita lihat sekarang ini penyiaran radio bukan hanya tertumpu kepada pancaran siaran radio, malah penyiaran radio sudah dapat diakses melalui internet.

Selain dari memberikan hiburan kepada pendengar, penyiaran radio juga sangat berperanan bagi menyebarkan dan menyampaikan maklumat yang berguna dan sahih.

Malah penyiaran radio ini sudah semakin berkembang dengan wujudnya stesen radio khusus seperti stesen radio pendidikan yang menyampaikan maklumat yang berguna kepada pendengar.

“Radio merupakan satu pendekatan yang baik, radio ini sangat berguna dan sangat efektif kerana kewujudan radio dari zaman dahulu lagi menjadi satu sumber bagi rakyat terutama yang mendengarnya.

“Jadi radio ini merupakan saluran baik bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih kerana radio ini disiarkan,”ujar Mukmin Nusril yang merupakan aktivis masyarakat yang aktif di Selangor.

TETAMU… untuk Segmen Frekuensi  Nostalgia

Turut tidak ketinggalan dua orang pelajar SMK Rancha-Rancha yang berkongsi menerusi “Radio Era Kini” yang ditemuramah oleh penyampai DJ Raziq dan DJ Nasrul di Ranchas’fm secara virtual.

Pendekatan penyiaran radio kepada generasi muda perlu diterapkan lagi bagi memastikan penggunaan radio pada masa kini tidak ditelan zaman.

Lebih banyak manfaat daripada mudarat apabila menjadikan radio sebagai platform penyiaran utama bagi seorang generasi baharu.

Pengetua SMK Rancha-Rancha, Ustaz Wan Azman Wan Awang berasa gembira dengan program yang dilaksanakan oleh Pusat Sumber DSDN.

Beliau melihat program tersebut bukan sahaja berjaya dari segi perancangan, namun  apa yang lebih besar adalah kemenjadian pelajar dari aspek modal insan dengan penerapan nilai kerjasama, kemahiran komunikasi dan teknologi.

Sementara itu, Pengurus Stesen Radio Ranchas’ FM, Cikgu Sapri Idris berkata pihaknya ingin melahirkan pelajar yang berjaya mengharungi cabaran era Abad Ke-21, dengan menekankan aspek kemenjadian pelajar bertaraf dunia.

“Pelajar abad 21 perlu mahir menguasai aspek teknologi dan kemahiran berkomunikasi,”ujarnya.

Sapri yang juga Guru Perpustakaan dan Media SMK Rancha-Rancha berkata SMK Rancha-Rancha ingin menjadi contoh terbaik di Malaysia untuk sekolah penggerak digital.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN