Sebahagian pengunjung RRF Kg.Kigiok.
RANAU: Ranau Rabbit Farm (RRF) Kg. Kigiok, terletak 6 kilometer dari pekan di sini, kini mula dibuka kepada para pengunjung tempatan sejak 10 Jun 2020.
RRF yang menempatkan lebih 200 ekor arnab berbagai jenama terpaksa ditutup buat sementara waktu sejak 18 Mac berikutan penularan wabak Covid-19 yang menular seluruh dunia.
“Kini RRF sudah di benarkan beroperasi walaupun masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)”,jelas pemiliknya, Wong Koh Siong.
Beliau memaklumkan para pelawat RRF diwajibkan mematuhi SOP yang telah tetapkan termasuklah, memakai Pelitup muka, penjarakan sosial dan pemeriksaan suhu badan sebelum dibenar Masuk.
“Kami berasa bertuah kerana berpeluang melawat di sini meskipun PKPP masih berkuat-kuasa”, jelas Jamaludin Bin Kamarudin yang mengerusi rombongan 9 orang anggota krluarganya dari Kota Kinabalu melawat RRF kalmarin.http://Borneo Daily Bulletin