Suhaili (Kiri) merakam gambar bersama keluarganya selepas melawat RRF.
RANAU: Daerah ini dan Kundasang, kini mulai dibanjiri pengunjung tempatan yang mengambil kesempatan cuti Good Friday (Jumaat), cuti Sabtu dan Ahad mengunjungi lokasi menarik di dua kawasan tersebut.
Antara lokasi yang ramai dikunjungi ialah, pekan Kundasang, Ranau Rabbit Farm Kigiok Ranau (RRF), Taman Air Panas Pori ng dan banyak lagi.
Tinjauan penulis kelmarin ramai pengunjung tertumpu ke kawasan Kundasang dan RRF Ranau kerana masih banyak lokasi belum di buka kepada orang ramai berikutan pandemik Covid-19 belum berakhir meskipun Ranau sudah berada dalam Zon Hijau sejak beberapa hari yang lalu.
Ramai pengunjung masih mematuhi SOP yang ditetapkan sempat ditemui berasa takut-takut dengan keadaan sekarang kerana banyak lagi kawasan di Sabah masih berstatus Zon Kuning dan Zon Merah.
“Apapun kita melawat kawasan Ranau dan Kundasang kerana di Zon Hijau sudah”, jelas Suhaili Bin Jahani dari Kota Kinabalu yang membawa lima keluarganya berkunjung ke Ranau dan sempat melawat RRF kelmarin.
“Kami akan melawat di RRF ini apabila Sky Bike di sini dibuka selepas Covid-19 beransur pergi tidak lama lagi”, tambahnya.
             Â