30 C
Kota Kinabalu
Selasa, Julai 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Ranau bakal pengeluar Kopi Arabika di Malaysia menerusi FAMA

“Kopi Arabika Ranau merupakan salah satu daripada kualiti kopi yang terbaik di dunia”

-Ishak Ismail-

RANAU: Daerah Ranau bakal menjadi pengeluar Kopi Arabika di Malaysia menerusi inisiatif Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) melalui anak syarikatnya MyKopieSatu Sdn.Bhd yang bertindak selaku ejen pengedar.

Kopi tersebut kemudiannya dijenamakan semula kepada Kopi Ranau keluaran MyKopieSatu Sdn.Bhd untuk dipasarkan ke seluruh negara dan peringkat antarabangsa.

Pengerusi FAMA Ishak Ismail berkata, selain memasarkan kopi berkenaan, FAMA juga akan menyediakan kursus kemahiran penanaman Kopi Arabika.

Kopi Arabika

“Kopi Arabika ini merupakan salah satu daripada kualiti kopi yang terbaik di dunia.

“Justeru, kita berhasrat membawa Kopi Ranau ini ke United States of America (USA) selepas beberapa siri perbincangan dengan pengimport Kopi Ranau dengan harapan FAMA dapat terus membantu para petani dan pengusaha meningkatkan pendapatan mereka,” katanya.

GIMIK…Proses manual menumbuk biji kopi

Beliau berkata demikian sempena lawatan kerja ke kebun Kopi Arabika di Kg.Toboh Lama Ranau baru-baru ini.

Sementara itu, Pengurus Besar KopieSatu, Wan Faizatul Arniza Ismayatim berkata, pemantauan Kopi Arabika yang dihasilkan di Ranau mempunyai permintaan tinggi dan berpotensi dimajukan kerana mempunyai  citarasa yang tersendiri.

TERSERGAM …papan tanda Ranau Arabica Estates Kg.Toboh Lama, Ranau

“Faktor tersebut dipercayai dipengaruhi oleh tanah, persekitaran dan suhu kawasan tanaman.

“Kita lihat kopi di Ranau ini berbanding dengan kopi-kopi lain, dia ada citarasa yang tersendiri. Kita yakin produk Ranau ini dapat  dibawa dengan lebih jauh lagi,” kata Wan Faizatul.

MyKopieSatu Sdn.Bhd  juga mengadakan program ladang kontrak bersama pengusaha kopi Arabika di Kg.Toboh Lama di sini bagi menjamin bekalan dan pasaran kopi.-Sumber RTM

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN