27 C
Kota Kinabalu
Selasa, Februari 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

KASTAM RAMPAS DADAH BERNILAI SETENGAH JUTA DI LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KOTA KINABALU.

KOTA KINABALU:Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Sabah, Cawangan Penguatkuasaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) merampas lebih kurang 12.411 Kilogram bahan larangan disyaki dadah dengan nilai anggaran RM501,026.00. 

Penolong Ketua Pengarah Kastam, Zon Sabah Dato‘ Abdullah Bin Jaapar (gambar) pada 29 September lepas jam lebih kurang jam 5.00 petang, Cawangan Kargo Udara, LTAKK telah menerima makluman bahawa terdapat bungkusan plastik yang mencurigakan dan disyaki mengandungi bahan terlarang dadah di dalam kotak polystyrene dagangan ikan sejukbeku untuk tujuan eksport ke luar negara.

Katanya, kes dirujuk kepada Cawangan Penguatkuasaan, LTAKK dan hasil pemeriksaan lanjut mendapati 23 bungkusan plastik lutsinar yang dijumpai di dalam 23 kotak polystyrene mengandungi hablur kristal yang disyaki dadah jenis Methamphetamine dan Ketamine. 

“Berat dadah Methamphetamine yang dijumpai adalah lebih kurang 9.221 kg dengan nilai anggaran sebanyak RM331,956.00, manakala jenis dadah Ketamine mempunyai berat lebih kurang 3.190 kg dengan nilai dianggarkan RM169,070.000” katanya dalam sidang hari ini.

Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 39B(1)(a)(b) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan, boleh dihukum dengan hukuman mati atau penjara seumur hidup.

Sehubungan dengan itu Dato‘ Abdullah menggesa orang ramai agar membantu pihak JKDM memerangi jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah, kenderaan dan lain-lain serta dinasihatkan tidak membabitkan diri dengan aktiviti tersebut.

Tegasnya, penyeludupan bukan sahaja merugikan negara dari segi hasil, malah ianya turut mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara dan  kesejahteraan rakyat.

“JKDM juga menyeru kepada orang awam untuk memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan dengan 

menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau Pejabat Kastam 

yang terdekat di semua negeri. Pihak JKDM juga memberi jaminan bahawa identiti setiap pemberi maklumat adalah dirahsiakan” jelasnya lagi.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN