KENANGAN….Antara pengunjung sempat merakam gambar semasa melawat RRF.
RANAU: Ramai rakyat Malaysia memanfaatkan masa cuti Hari Kebangsaan (31 Ogos) untuk hadir menyaksikan majlis sambutan diperingkat daerah, negeri dan kebangsaan.
Namun ada merancang mengisi masa cuti itu dengan membawa keluarga masing-masing untuk melawat ke lokasi-lokasi menarik ditempat masing-masing.
Seperti yang berlaku di daerah Ranau, orang ramai mengambil peluang masa cuti Hari Kebangsan untuk melawat tempat-tempat menarik seperti Taman Kinabalu, Dairy Farm Masilou, Tugu Peringatan dekat Pekan Kundasang, Taman Air Panas Poring, Taman Kinomulok, Sabah Teh Nalapak, Pusat Tagal Luanti, Bombon Marakau, Taman Kelulut Kinapulidan, Taman Rusa Kinapulidan, Mont Kinabalu Sky Bike Kigiok bersebelahan Ranau Rabbit Farm (RRF) dan Buaian Gergasi juga berhampiran RRF tidak sunyi daripada para pengunjung.
Lokasi-lokasi pelancongan itu pastinya memberi kepuasan malah memberi 1001 kenangan terindah yang pasti sukar untuk dilupakan setiap pengunjung.
Peluang yang ada sama ada cuti hujung minggu, hari kelepasan am atau musim cuti sekolah sentiasa sibuk dengan orang ramai yang berkunjung mencari ketenangan jiwa daripada kesibukan kota.
Ramai yang sempat ditemui juga memberitahu keadaan sekarang membolehkan mereka untuk melancong dalam negara berikutan penularan Covid-19 kini semakin reda.
         Â