28 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 8, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

RAKYAT SABAH BERBILANG KAUM PERLU BERSATU UNTUK MAJU DAN MEMBANGUN, TOLAK SIFAT TAKSUB.

12 Januari 2019.

KOTA MARUDU: Rakyat Sabah berbilang kaum perlu bersatu untuk maju dan membangun dengan menolak sifat taksub terhadap kaum sendiri sahaja.

Menteri Pembangunan Infrastruktur, Datuk Peter Anthony berkata, fahaman ektrimis dan bergaul dalam kelompok atau bangsa tertentu sahaja akan menyempitkan pemikiran dan menyebabkan mereka ketinggalan jauh dengan kaum lain.

Datuk Peter menyuarakan demikian kepada media di Kota Marudu selepas diminta mengulas lanjut saranan beliau terhadap penduduk pribumi Sabah untuk maju dan keluar dari kepompong kemiskinan.

Beliau yang juga Presiden Pertubuhan Kadazan Dusun Murut (KDM) Malaysia ditemui selepas merasmikan Sambutan Hari Natal dan Tahun Baru 2019  KDM Kota Marudu pada Sabtu.

Datuk Peter berkata, rakyat Sabah tanpa berbilang kaum dan agama bangsa perlu bersatu dalam mencorakkan masa depan Sabah baharu yang sepatutnya dinikmati rakyat sejak 20 tahun yang lalu.

Katanya, sekarang adalah masa untuk rakyat Sabah bersatu dalam kepelbagaian bangsa dan agama untuk membangun seiring dengan negeri-negeri lain. BB

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN