Datuk James Ratib ketika melawat LRA Hiltop, pada Sabtu
SANDAKAN: Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib berharap bahawa masalah air di Sandakan dapat diatasi dengan segera apabila beberapa buah bekalan air bawah tanah (boreholes) siap diselenggara semula.
“Saya telahpun melawat di Loji Rawatan Air (LRA) Sandakan di mana sebahagian dari kawasan Sandakan mengalami masalah air, terutama sekali di kawasan Bandar Ramai-Ramai dan sebagainya.
“Bila kita lihat di Loji ini, kita mendapati ada 10 buah boreholes yang tidak berfungsi.
“saya difahamkan JANS telahpun mengarahkan satu konsultan untuk melihat bahagian yang tidak berfungsi ini dan mendapati bahawa ada tiga boreholes yang masih berfungsi, hanya memerlukan penyelanggaraan,” katanya.
James yang juga ADUN Sugut dan Ketua Penyelaras Parti Gagasan Rakyat Zon 9 berkata, ini supaya boreholes tersebut dapat menarik air ke atas dan menyalurkan bejalan kepada Loji Rawatan Air di LKPD.
“Saya berpendapat bahawa apabila kita dapat lakukan penyelanggaraan sekurang-kurangnya kepada lima daripada 10 boreholes ini, maka kita akan dapat mengatasi masalah air di Sandakan dengan kadar segera.

“Justeru kita minta pihak JANS dan syarikat konsesi yang dipertanggungjawabkan bagi menyelesaikan masalah air di kawasan ini supaya sama-sama turun padang,” katanya.
Tambah beliau, kolaberasi di antara JANS dan konsesi dapat mencari cara bagaimana mengatasi masalah air di Sandakan yang sangat kritikal dengan segera.
“Oleh yang demikian kita berharap tiga hingga lima buah boreholes ini dapat diselenggara dengan kadar segera untuk membekalkan air ke beberapa buah LRA yang berkenaan.
“Kita mahukan supaya daripada 29 buah boreholes itu, kesemuanya dapat diselenggara semula supaya kita dapat korek air dari bawah tanah itu untuk diproses di LRA berkenaan.
“Untuk makluman, Sandakan mendapati bekalan air daripada empat tempat iaitu:; Segeliud; Bukit Garam; LRA Sibuga; dan LRT Hilltop. Namun LRT Hilltop sudah lama tidak berfungsi,” katanya.
Menurutnya lagi, lawatan hari ini mendapati overhaul di LRT Hilltop ini masih ada air dan boleh dibekalkan kepada pengguna, hanya cuma perlu diberi penyelanggaraan terlebih dahulu.
“Untuk jangkamasa panjang kita juga akan berusaha untuk mencari boreholes baharu, tetapi boreholes yang sedia ada perlu di buat penyelanggaraan semula terlebih dahulu.
“Saya rasa, Inshallah dalam masa satu atau dua bulan ini masalah air di Sandakan akan dapat diatasi,” katanya.
Datuk James berkata demikian atas kapasiti dia sebagai salah seorang pemimpin kawasan Pantai Timur dan juga menteri kesejahteraan rakyat.



