25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Rakyat Sabah perlu buat pilihan tepat dalam PRU15: Kong Soon Choi

RANAU: Rakyat di negeri ini perlu membuat pilihan tepat dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 untuk menjamin kestabilan politik negara dan kelangsungan pembangunan dapat diteruskan oleh kerajaan semasa yang bakal dipilih kelak.

Menyatakan perkara itu, Ketua Wiramuda Parti Solidariti Sabah Tanah Airku (StarSabah), Kong Soon Choi berkata, sebelum ini rakyat berasa tertekan apabila kestabilan politik negara ini terganggu sehingga menyaksikan pertukaran tiga kali kepimpinan negara.

“Tidak pernah terjadi dalam sejarah negara sehingga tiga kali pertukaran Perdana Menteri. Ia sekaligus memberi implikasi tidak baik terhadap ekonomi dan pembangunan untuk rakyat”. Tegasnya.

Katanya, beliau yakin dengan adanya Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dibentuk melalui kepimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Hj.Noor, rakyat Sabah tidak lagi keliru untuk menyatakan undian mereka dalam PRU-15 ini.

Dalam masa sama, beliau juga akan mempastikan anak-anak muda yang baru mengundi pada pilihanraya kali ini diberikan penjelasan mengenai hala tuju kerajaan GRS agar mereka faham dan tidak terpengaruh dengan dakyah politik berteraskan kepentingan organisasi politik atau bersifat peribadi.

“Sebagai pemimpin muda, fokus kami dalam PRU-15 ini adalah memberikan kefahaman kepada pengundi muda agar mereka tidak tersilap memilih. Kita juga harap agar golongan ini benar-benar memahami visi dan misi kerajaan GRS”. Katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Kong yang juga Timbalan Ketua Pemuda GRS berkata, rakyat Sabah perlu berganding bahu untuk mempastikan pilihanraya kali ini digunakan sebaiknya dan menyingkirkan ideologi yang sering menuduh GRS adalah gabungan parti yang masih dikuasai oleh Malaya kerana tanggapan itu hanya mengakibatkan pemikiran terus di eksploitasi pihak tertentu untuk membenci politik berteraskan keharmonian.

Jelasnya, rakyat Sabah sering menjadi contoh terbaik yang mengamalkan budaya toleransi dan memelihara keharmonian kaum termasuk juga dalam prihal berpolitik, dan beliau yakin rakyat negeri ini bijak menilai untuk memilih organisasi politik yang releven untuk disokong.

“Pengisian dalam GRS adalah komponen parti politik yang membawa matlamat keharmonian untuk mempastikan setiap bangsa Sabahan dipelihara dari segenap aspek kebajikan sehinggalah pembangunan infratsruktur dan hak-hak sewajarnya seperti mana yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963. Justeru itu, inilah kekuatan kita sebagai rakyat yang bersatu padu di negeri Sabah ini”. katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN