28.8 C
Kota Kinabalu
Selasa, Mei 20, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Rakyat perlu menolak sebarang dakyah politik yang mengelirukan: James

James Ratib

KOTA KINABALU: Rakyat perlu menolak sebarang dakyah politik yang mengelirukan sehingga perancangan acara sepanjang hari jadi rasmi Yang Dipertua Negeri Sabah turut diheret menjadi isu untuk diperdebatkan.

Mengulas perkara itu, Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk James Ratib berkata, ahli politik dan individu yang mengheret isu tersebut tidak bersyukur menjadi rakyat Sabah yang terkenal dengan sikap kerendahan hati, toleransi dan saling hormat-menghormati.

“Yang Dipertua Negeri Sabah merupakan lambang keagungan negeri ini dan tidak releven dipersendakan untuk meraih sokongan politik”. Tegasnya.

Katanya, paparan kenyataan yang di tularkan oleh dua pemimpin parti Warisan Datuk Azis Jamman dan Datuk Darell Leiking di media sosial baru-baru ini jelas membuktikan kedua-dua pemimpin itu terlalu taksub dengan sentimen kebencian politik sehingga mereka lupa memisahkan politik dengan jawatan TYT yang telah dipersetujui oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Taraf TYT berbeza dengan gelanggang politik. Kenapa tergamak mengeluarkan komen yang mempersendakan kepimpinan tertinggi kerajaan negeri Sabah. Bukankah itu suatu tindakan tidak beradab”. Jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan pada Jumaat bagi mengulas paparan media sosial yang dikeluarkan oleh kedua-dua pemimpin dari Parti Warisan itu yang mempersoalkan mengenai perancangan acara yang bakal berlangsung sepanjang hari jadi rasmi TYT Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Musa Haji Aman.

James yang juga Adun Sugut berkata, sebelum ini pihak berkuasa telahpun mengeluarkan peraturan dan larangan untuk mana-mana pihak menyentuh isu sensitif berkaitan bangsa, agama dan institusi raja (3R), Akta Hasutan serta Akta Komunikasi Dan Multimedia dan sepatutnya sebagai pemimpin politik yang berpengalaman, Aziz dan Darell sedia maklum mengenai kesemua peraturan ini.

‘’Bermain isu politik kena berpada-pada dan ada limitnya. Jangan keterlaluan sehingga nampak tidak bijak. Sebagai rakyat Sabah, kena belajar untuk menghormati institusi tertinggi negeri kita’’. Katanya.

Pada Khamis, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Ulang Tahun Rasmi Tuan Yang di-Pertua Negeri Sabah turut menjelaskan bahawa hanya tujuh acara yang dirancang akan diadakan dalam tempoh satu bulan pada jun 2025.

Beliau turut menjelaskan, jumlah acara itu telah dikurangkan daripada 12 acara pada tahun 2024 serta pengurangan perbelanjaan sebanyak 30 peratus.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN