24 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Januari 24, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Rafting, kayaking dan Hiking kini tersedia di Kg Kinapulidan, Ranau

Aktiviti rafting, kayaking dan Hiking kini tersedia di Kg Kinapulidan, Ranau yang dibuka secara rasminya oleh MP Ranau, Datuk Jonathan Yasin di sini baru-baru ini


RANAU: Para pelancong khususnya penggemar aktiviti water rafting kini berpeluang mengikuti acara tersebut dengan pembukaan Rafting and Kayaking Center di Kinapulidan Water Rafting di Kg Kinapulidan Ranau.


Pusat pelancongan tersebut dibuka secara rasminya oleh Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin di lokasi berkenaan baru-baru ini.


Dalam program tersebut, Jonathan turut mengambil peluang uantuk mentertai aktiviti water rafting bersama dengan pemilik pusat berkenaan dan juga tetamu yang lain.


Selepas perasmian itu, Kinapulidan Water Rafting kini bersedia membawa para pelawat menyelusuri keindahan semula jadi Sungai Liwagu dalam pengalaman rafting yang penuh cabaran, ketenangan, dan keajaiban alam.


Untuk aktiviti ini, perjalanan bermula dari Dewan Kg Kinapulidan (metting point) menaiki kenderaan 4×4 melalui laluan offroad berbukit.


Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30-40 minit untuk tiba ke titik mula rafting di mana pengalaman sepanjang perjalanan itu sendiri sudah cukup mengujakan.


Para pengunjung dijangka akan mendapat suatu pengalaman yang istimewa dengan laluan rafting sepanjang 20km ini merentasi Sungai Liwagu yang menakjubkan, di mana starting point bermula dari Gayoliwetung dan berakhir di Tagal Kg Nebutan.


Pelancong ditawarkan dengan keindahan alam yang masih segar di mana sepanjang laluan, mereka akan menemui anak sungai dan laluan semula jadi yang sangat menyenangkan.


Aktiviti rafting di sini berada pada tahap 1, 2 dan 3 yang sesuai untuk peminat aktiviti lasak dan alam, dan tempoh rafting mengambil masa sekitar 4–5 jam ketika paras air rendah, dan 2–3 jam ketika air tinggi.


Para pelawat juga akan ditemani oleh keunikan alam semulajadi di sepanjang sungai, yang mana antara tarikan unik ialah kehadiran burung Oriental Darter yang sering kelihatan menemani pengunjung sepanjang laluan.


Pengunjung juga berpeluang melihat pelbagai spesies ikan, burung eksotik, dan sekali-sekala haiwan liar yang menjadikan sungai ini habitat mereka.


Pada musim kemarau pula, pengunjung mungkin berpeluang melihat kelibat ikan kelah atau lebih dikenali secara lokal sebagai ikan Garap yang mendiami lubuk-lubuk tertentu di sungai ini.


Sepanjang perjalanan, pengunjung akan disajikan dengan hutan tropika yang menyegarkan Jiwa, batuan-batuan unik, dan bunyi alam yang menenangkan. Pengalaman yang bukan sekadar rafting, tapi terapi semula jadi.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN