26 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

PVKMS MEMBANTU RINGAN BEBAN PEGASAS KOMANDO MALAYSIA

TERIMA KASIH…Moo Khee Fah (kiri) menerima sumbangan disampaikan Mazlan.

TAWAU : Suatu ketika dahulu, kehadiran mereka amat digeruni musuh.

Mereka bukan calang-calang, “Awas anda memasuki kawasan harimau berantai dan kini kedatangan anda tidak diundang, jika ragu sila pulang”, kata-kata keramat apabila memasuki Kem Komando.

Pegawai Waran Dua (Bersara) Moo Khee Fah 81, adalah antara kumpulan awal yang dilatih khas oleh Rejimen ke 40 Komando Marin Diraja British (40th British Royal Marine Commando) di Kem Majidee, Johor Baharu, Johor pada tahun 1965.

Dalam erti kata lain, beliau adalah antara kelompok awal pegawai dan anggota pertama komando negara yang ketika itu dikenali Malaysian ‘Special Service Unit’ (MSSU) kini dikenali sebagai Rejimen Gerup Gerak Khas (GGK).

PVKMS menghargai anggota komando MSSU di rumah salah seorang daripada mereka di Tawau, Sabah.

Sebak melihat yang kini berumur menghampiri 90 tahun, namun dah kata bekas komando, walaupun dah lanjut usia, bila bertemu terus naik semangat bercerita seolah-olah tidak membezakan usia antara kami.

“Saya akan mengharumkan nama bere hijau hingga akhir hayat saya”, sumpah perajurit Komando ke-12. itu.

Ketua Zon Tawau , Mazlan Bin Asim sempat bertemu dengan Pengasas Komando di rumah kediamanya untuk menyampaikan Bantuan Bakul Makanan Prihatin JHEV 2.0. baru-baru ini.

   
ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN